Friday, June 25, 2010

ANAK : ASET ATAU LIABILITI IBU BAPA???

Lahirnya anak dimuka bumi adalah berfungsi untuk melahirkan insan yang memberi aset kepada keluarga terutamanya Ibu Bapa. Persoalannya, adakah anak-anak muda masa kini kebanyakannya memberi liabiliti kepada keluarga?

CERAMAH PERDANA yang diadakan di Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas pada 24 Jun 2010 (Khamis malam Jumaat) telah mengungkap persoalan ini. Ceramah anjuran Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Pusat Zon 2 JAWI dengan kerjasama Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas ini telah menjemput Penceramah Forum Perdana Ehwal Islam (TV1), Ustaz Mohd Ajib bin Ismail bagi mengungkap persoalan ini.

Beliau menjelaskan peranan Ibu Bapa amat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak bermula dari kecil lagi. Masalah anak-anak yang semakin terdedah dengan teknologi masa kini perlu dipantau dan tidak disalahgunakan oleh mereka. Didikan mengenai fungsi teknologi itu sendiri sewajarnya bermula dari zaman kanak-kanak lagi sebelum disalahgunakan oleh pengaruh luar.

Beliau sempat menceritakan pengalaman beliau mengenalpasti remaja sekolah yang menyamar diri di dalam networking Facebook untuk mendapatkan habuan seks. Ini adalah kesan asas didikan yang diabaikan Ibu Bapa yang menyebabkan remaja ini diajar oleh rakan mereka dengan cara yang salah.

Majlis ini juga disertai oleh wakil JAWI, Ahli Jawatankuasa Masjid, beberapa wakil Biro Rakan Muda Masjid dan kaum Wanita Masjid. Anggaran dalam 100 kariah yang menghadiri Majlis ini dari kawasan sekitar Masjid.

Pihak Masjid juga telah menjemput pelajar Sekolah Agama Darul Furqan, Kampung Padang Balang bagi menyertai program ini.

Pihak Jawatankuasa Masjid mengambil kesempatan mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada pihak penceramah, Ustaz Mohd Ajib bin Ismail yang sudi meluangkan masa memberi ilmu dan pengetahuan tentang masa depan anak-anak kepada kami.

Tidak dilupakan juga kepada pihak JAWI yang bertungkus lumus bersama kami menjayakan Majlis ini. Tidak dilupa juga kepada anak-anak dari Sekolah Darul Furqan yang turut bersama mendengar ceramah ini.

Akhir sekali, kepada semua yang terlibat, Jazakumullahu Khairan Kasira.



Jika ingin melihat lebih banyak gambar Majlis ini, sila 'search' Facebook kami. Hanya taip Masjid Jamek Saad Abi Waqqas.


0 comments:

Pencinta Islam 1

Pencinta Islam 2