Monday, January 31, 2011

KOMPOSER ISABELLA SUJUD PADA ILAHI !!

Jika anda mengenali lelaki di atas (gambar sebelah kiri), pasti anda terkejut dengan penampilan baru beliau yang dilihat kelihatan lebih Islamik. Bob Lokman, satu nama yang tidak asing di kalangan kita semua. Beliau bukan sahaja terkenal dengan lakonan dan lawak, malah kejayaan beliau bermula dari seorang komposer yang terkenal pada era 80 an. Antara hasil karya lagu yang masih diminati ramai sehingga kini termasuklah lagu Isabella nyanyian Kumpulan Search.

Bekas Juri rancangan realiti, Raja Lawak 4 ini tidak lagi dilihat di kaca tv atau mana2 Majlis yang berkaitan dengan dunia artis. Mungkin beliau masih lagi boleh berkecimpung dalam arena seni dengan pendekatan yang lebih sederhana, Akan tetapi beliau menolak untuk ke arah tersebut. Kerana fokusnya kini hanya untuk mengumpul seberapa banyak pahala dan membunuh dosa2 yang diperlaku beliau sekian lama satu ketika dahulu. Kini beliau insaf dan kembali menemui Islam yang sebenar. Alhamdulillah, Bob Lokman masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk bertaubat. Adakah kita berpeluang ??

0 comments:

Pencinta Islam 1

Pencinta Islam 2