Saturday, November 20, 2010

CINTA APA YANG MESTI KITA KORBANKAN ??

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya.

“……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”
(al-Baqarah : 272)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dalam kehidupan ini, setiap insan perlu dan semestinya melakukan pengorbanan. Ibubapa bekorban membanting tulang empat kerat untuk memastikan anak-anak dapat kehidupan yang selesa. Para pendidik jua perlu bekorban untuk memastikan anak watan mendapat didikan yang cemerlang. A'lim ulamak perlu bekorban agar umat Islam mendapat cahaya pertunjuk yang benar. Pemimpin negara perlu bekorban agar rakyat terpelihara, negara aman dan harmoni.

Mulut berkata memang cukup senang, tapi melakukanya belum tentu semudah apa yang diperkatakan. Mungkin, kita pernah mendengar cakap-cakap orang yang ingin, atau menyeru kepada melakukan pengorbanan seperti ini :

"sayang! abang sanggup bekorban apa saja untuk sayang, asal sayang menjadi isteri abang"... "Abang! jangan tinggalkan ayang, ayang sanggup buat apa saja asal kita dapat bersama sehidup semati"...

Wah!!! manis kata-kata orang bercintan-cintun.
Pengorbanan ini belum pasti keikhlasannya. bak kata orang tua-tua ada benarnya " itu ayat mula-mula memikat jer... orang lelaki biasalah  takut-takut nanti, habis madu sepah dibuang"... kalau yang perempuannya pula bukan boleh percaya sangat, habis yang hendak dikikisnya, good bye lah jawapnya, silap-silap gaya pisau-pisau cukur pun dirembatnya..." - ini pengorbanan tahi minyak.



ATAU INI....

"lihat apa yang berlaku di Palestin, Lubnan, Iraq... apa pengorbanan kita untuk mereka? mereka saudara-mara seakidah, seagama dengan kita... tapi apa kita buat?... kita sibuk dengan harta dunia, kekayaan dunia, pangkat dunia, langsung tak pikir tentang umat islam yang ditindas... apa pengorbanan kita???... "

Subhanaallah.. Pengorbanan inilah membawa kita supaya insaf dan lebih kepada memberi kesedaran, namun hakikatnya, tidak semua yang melaungkan kata-kata semangat seperti itu mampu berjihad seperti apa yang berlaku secara realitinya di Iraq, Palestin, Lubnan dan lain-lainnya.


Nilai pengorbanan seorang muslim mukmin bukan dapat kita gambarkan dengan cerita dan tayangan. Namun pengorbanan itu dengan bukti dan pelaksanaan. Pengorbanan menginfakkan diri, harta, dan sebagainya kepada perjuangan islam merupakan pengorbanan yang sangat berharga dan besar nilaiannya disisi Allah swt.

Almarhumah Zainab Al-Ghazali sebagai contoh tauladan yang boleh kita sanjungi dan hayati pengorbanannya dalam berjuang menegakkan islam. Keberanian, kecekalan, kekentalan, kekuatan beliau dalam menghadapi musuh rejim kepimpinan zalim mesir sangat hebat. Beliau di anggap perempuan yang setanding dengan 1000 lelaki. Pengorbanan yang beliau berikan untuk memastikan islam ditempat yang tinggi sukar untuk kita gambarkan dengan bacaan dan pendengaran. Realitinya kita perlu hadapi dan merasai, barulah kita akan dapat menghayati pengorbanan beliau.

Tokoh tanah air Malaysia yang juga tidak kurang hebat berjuang dan bekorban demi negara dan agama seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dol Said, Panglima Salleh dan lain-lain lagi.

hakikatnya, pengorbanan untuk Islam ini bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanankan. Namun latihan, pentarbiyahan perlu dibentuk agar andai suatu hari nanti kita dituntut melakukan pengorbanan seperti para perjuang terdahulu, kita mampu melaksanakan dengan baik dan hati yang terbuka.

0 comments:

Pencinta Islam 1

Pencinta Islam 2